Wednesday, 9 July 2014

LEMBU BALI..MOOO...MOO

Species Lembu Bali berasal daripada Indonesia. Lembu ini juga merupakan hasil kacukan dari banteng (Bibos banteng). Banteng merupakan sapi liar yang terbahagi kepada 3 jenis:-
  • B.javanicus (Jawa, Madura, Bali)
  • B.javanicus lowi (Kalimantang)
  • B.javanicus bimanicus (Indochina)

Oleh hal demikian, lembu ini mempunyai keunikan yang tersendiri. Lembu bali ini merupakan jenis B.javanicus. Hingga saat ini, ia masih hidup liar di Taman Nasional Bali Barat, Taman Nasional Baluran dan Taman Nasional Ujung Kulon. Lembu asli Indonesia ini  diternak oleh suku kaum Bali di pulau Bali dan sekarang sudah tersebar di berbagai daerah di Indonesia. 

Berikut merupakan ciri-ciri Lembu bali :-

  • Lembu bali jantang lebih gelap berbanding betina
  • Rangka badan yang kecil
  • Baka ini mempunyai warna putih dibahagian kaki (ibarat memakai stoking) dan perut
  • Sifat kesuburuan semula jadi (cepat beranok)
  • Daya ketahanan yang tinggi terhadap penyakit dan cuaca
  • 40%-50% adalah bahagian daging yang terhasil daripada berat badan 
  •  Hanya boleh dikacuk dengan baka yang sama (mengelak daripada mandul)






JANTANG
BETINA
NORMAL BERAT KETIKA LAHIR
 22 KG
18 KG
NORMAL BERAT KETIKA DEWASA
500-700 KG
400-550 KG
UMUR KEMATANGAN
12-18 BULAN
12-18 BULAN


Lembu bali dalam kehidupan kita:-
  • sumber makanan (daging yang berkualiti)
  • kerja pembajakan
  • sumber pendapatan kepada penternak (permintaan yang hangat di pasaran)



PENTERNAKAN AYAM KAMPUNG..

Sejarah Ayam Kampung :-

Ayam kampung atau nama saintifiknya Gallus domesticus berasal daripada baka ayam hutan merah (Gallus gallus). Di Negara barat ia dikenali sebagai ayam ternak lepas (free range chicken) ataupun ayam organik. Hal ini kerana, ayam ini diternak secara bebas di kawasan kampung. 



Ciri-ciri Ayam Kampung :-
  • Boleh diternak dan dibiak sepanjang tahun
  • Dipelihara di kawasan luar bandar secara bebas (reban-tempat tidur ayam pd waktu malam)
  • Bergerak aktif dan mampu mencari makanan sendiri
  • Daging yang pejal, manis dan berkhasiat tinggi
  • Harga yang tinggi di pasaran
  • Ibu ayam kampung menetaskan telur dengan sendiri
  • Ibu ayam kampung bertanggunjawab terhadap anaknya. (kawal anaknya drpd gangguan musuh dan cuaca yang sejuk) 






        Pengurusan secara berperingkat :-



     Peringkat anak (1 hari- 4 minggu)
     ·        Pastikan anak ayam mendapatkan suntikan pencegahan penyakit
     ·        Beri makanan bermutu dan minuman secukupnya
    ·        Pastikan ada lampu untuk memberi kepanasan sehingga umur 2 minggu

  

   Peringkat membesar sehingga bertelur (4minggu-22 minggu)
·      Pastikan anak ayam mendapat suntikan pencegahan penyakit
·      Boleh dilepaskan pada siang hari
·      Makanan campuran atau lebihan sisa makan boleh diberi
·      Sediakan sarang bertelur
·      Elakkan mengganggu ibu yang sedang mengeram

   Pembiakan
·      Melibatkan perkahwinan secara tabie/asli
·      1 ekor ayam jantan untuk 10 ekor ayam betina
·      Dipelihara di dalam reban dengan penyediaan sarang bertelur
·      Tempat yang sunyi,kering dan bebas dari gangguan
·      Kebiasaan boleh mengeram sehingga 15 biji telur dalam jangkamasa 21 hari.





·  

SOURCES; 
http://dinarafarm.blogspot.com/2011/12/panduan-menternak-ayam-kampung.html

BARBADOS BLACK BELLY SHEEP


Sejarah :-

Barbados Blackbelly Sheep merupakan biri-biri tempatan bagi penduduk di Caribbean. Sepicies ini sebenarnya berasal dari african tetapi ianya telah dibangunkan oleh penduduk di pulau berkenaan. Baka ini diternak ekoran daripada penghasilan daging yang berkualiti. biri-biri ini juga terbentuk melalui kacukan dua jenis baka iaitu biri-biri "Barbado" dan "american balckbelly".


Ciri-ciriku :-

  • Tahan pada suhu yang tinggi dan mempunyai stamina yang lebih berbanding biri-biri biasa.
  • Mempunyai kepantasan seperti rusa
  • dikenali sebagai biri-biri rambut (rambut yang kasar)
  • Kadar kelahiran yang rendah (tidak sesuai untunk dikomersial)
  • Tahan daripada penyakit dan haiwan parasit
  •  Rupa yang agak unik  berbanding biri-biri biasa.


let's see video above 





SOURCES; http://en.wikipedia.org/wiki/Barbados_Blackbelly_sheep