Wednesday, 9 July 2014

LEMBU BALI..MOOO...MOO

Species Lembu Bali berasal daripada Indonesia. Lembu ini juga merupakan hasil kacukan dari banteng (Bibos banteng). Banteng merupakan sapi liar yang terbahagi kepada 3 jenis:-
  • B.javanicus (Jawa, Madura, Bali)
  • B.javanicus lowi (Kalimantang)
  • B.javanicus bimanicus (Indochina)

Oleh hal demikian, lembu ini mempunyai keunikan yang tersendiri. Lembu bali ini merupakan jenis B.javanicus. Hingga saat ini, ia masih hidup liar di Taman Nasional Bali Barat, Taman Nasional Baluran dan Taman Nasional Ujung Kulon. Lembu asli Indonesia ini  diternak oleh suku kaum Bali di pulau Bali dan sekarang sudah tersebar di berbagai daerah di Indonesia. 

Berikut merupakan ciri-ciri Lembu bali :-

  • Lembu bali jantang lebih gelap berbanding betina
  • Rangka badan yang kecil
  • Baka ini mempunyai warna putih dibahagian kaki (ibarat memakai stoking) dan perut
  • Sifat kesuburuan semula jadi (cepat beranok)
  • Daya ketahanan yang tinggi terhadap penyakit dan cuaca
  • 40%-50% adalah bahagian daging yang terhasil daripada berat badan 
  •  Hanya boleh dikacuk dengan baka yang sama (mengelak daripada mandul)






JANTANG
BETINA
NORMAL BERAT KETIKA LAHIR
 22 KG
18 KG
NORMAL BERAT KETIKA DEWASA
500-700 KG
400-550 KG
UMUR KEMATANGAN
12-18 BULAN
12-18 BULAN


Lembu bali dalam kehidupan kita:-
  • sumber makanan (daging yang berkualiti)
  • kerja pembajakan
  • sumber pendapatan kepada penternak (permintaan yang hangat di pasaran)



No comments:

Post a Comment