Wednesday, 9 July 2014

PENTERNAKAN AYAM KAMPUNG..

Sejarah Ayam Kampung :-

Ayam kampung atau nama saintifiknya Gallus domesticus berasal daripada baka ayam hutan merah (Gallus gallus). Di Negara barat ia dikenali sebagai ayam ternak lepas (free range chicken) ataupun ayam organik. Hal ini kerana, ayam ini diternak secara bebas di kawasan kampung. 



Ciri-ciri Ayam Kampung :-
  • Boleh diternak dan dibiak sepanjang tahun
  • Dipelihara di kawasan luar bandar secara bebas (reban-tempat tidur ayam pd waktu malam)
  • Bergerak aktif dan mampu mencari makanan sendiri
  • Daging yang pejal, manis dan berkhasiat tinggi
  • Harga yang tinggi di pasaran
  • Ibu ayam kampung menetaskan telur dengan sendiri
  • Ibu ayam kampung bertanggunjawab terhadap anaknya. (kawal anaknya drpd gangguan musuh dan cuaca yang sejuk) 






        Pengurusan secara berperingkat :-



     Peringkat anak (1 hari- 4 minggu)
     ·        Pastikan anak ayam mendapatkan suntikan pencegahan penyakit
     ·        Beri makanan bermutu dan minuman secukupnya
    ·        Pastikan ada lampu untuk memberi kepanasan sehingga umur 2 minggu

  

   Peringkat membesar sehingga bertelur (4minggu-22 minggu)
·      Pastikan anak ayam mendapat suntikan pencegahan penyakit
·      Boleh dilepaskan pada siang hari
·      Makanan campuran atau lebihan sisa makan boleh diberi
·      Sediakan sarang bertelur
·      Elakkan mengganggu ibu yang sedang mengeram

   Pembiakan
·      Melibatkan perkahwinan secara tabie/asli
·      1 ekor ayam jantan untuk 10 ekor ayam betina
·      Dipelihara di dalam reban dengan penyediaan sarang bertelur
·      Tempat yang sunyi,kering dan bebas dari gangguan
·      Kebiasaan boleh mengeram sehingga 15 biji telur dalam jangkamasa 21 hari.





·  

SOURCES; 
http://dinarafarm.blogspot.com/2011/12/panduan-menternak-ayam-kampung.html

No comments:

Post a Comment